Saturday, September 17, 2016

SATAY HOMEMADE DAN KUAH KACANG

Bahan-Bahan :-

6-7 keping dada ayam (di potong dadu)

Rempah-ratus untuk di sangai (bahan kering) :
1 cawan biji ketumbar
3 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Cuci dan bilas, kemudian tapis.
Panaskan kuali goreng rempah² tadi tanpa minyak hingga naik aroma.
Tutup api, tunggu sejuk bolehlah di blend hingga halus (boleh buat stok lebih dan simpan dlm bekas kedap udara)

Bahan Basah :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
6-7 batang serai (di hiris)
1 inci halia
1 inci lengkuas

Perasa :-
Garam
Gula Pasir
Gula Merah/Gula Perang
Madu
Serbuk Kunyit
Sedikit minyak masak
Kisar kesemua bahan basah dgn sedikit air.

Bolehlah di gaul bersama bahan kering, kemudian masukkan sedikit minyak masak dan bahan perasa secukupnya.
Perap selama 5-6 jam
Sebelum cucuk ke lidi, rendam seketika lidi satay (elak hangus waktu membakar)


 


KUAH KACANG

350 gm kacang tumbuk/kisar
7-8 batang cili kering (dibuang biji)
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
8 keping biskut Marie (di hancur kan)
Sedikit belacan 
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam, gula pasir dan air gula merah secukup rasa

CARA-CARANYA:

Cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas serai dan juga belacan di goreng dgn sedikit minyak di dlm kuali hingga layu, angkat dan tunggu sejuk, bolehlah di blend dgn sedikit air.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumiskan bhn yg di blend tadi sehingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa, garam, gula pasir dan air gula merah.
Tunggu mendidih bolehlah masukkan kacang tumbuk dan serbuk biskut Marie.
Masak dgn api perlahan hingga naik minyak.



No comments:

Post a Comment