Monday, January 27, 2014

Apom Bakar


BAHAN-BAHAN :

500 gm tepung beras

500 gm gula pasir

1 paket yis mauripan

air untuk membancuh

8 biji telur ayam *

kelapa parut putih*

Bahan * guna waktu nk bakar kemudian nti..

CARA-CARANYA :

Ayak tepung beras.

Satukan kesemua bahan kering di dalam bekas/periuk.

Bancuh dgn air sehingga adunan sebati (tidak terlalu cair dan pekat).

Perap adunan (seelok-eloknya semalaman).

Sewaktu hendak membakar, panas dahulu acuan.

Sapu sedikit minyak dgn menggunakan daun pandan.

Ambil 4 senduk besar adunan tepung dan campurkan dgn 4-5 biji telur ayam.

Kacau sehingga sebati kemudian masukkan 5 sudu besar kelapa parut dan sedikit garam.

Tuang adunan yg dibancuh td ke dlm acuan.

Tudung acuan menggunakan tudung periuk.

Dengan api perlahan, biar selama 3-4 min.

Kemudian alih, tunggu sehingga kekuningan.

Boleh lah di angkat dan hidang.

~ selamat mencuba ~

ACUAN APOM BAKAR


Sunday, January 26, 2014

Donat Gebu



Donat Gebu

1kg tepung gandum
1 sdu besar mentega
1 sdu besar shortening
1 1/2 gelas air suam
6 sdu besar gula pasir
4 sdu besar susu pekat
2 bji telur
1 paket yis serbuk (mauripan)
Secubit garam halus

CARANYA:
Larutkan gula dan susu pekat dlm air suam. 
Masukkan yis, biar hingga kembang/naik buih.
Dalam mangkuk lain, masukkan tpg, mentega, shortening, garam dan telur.
Kemudian masukkan bancuhan yis td, uli doh. Biar sejam.
Lepas canai dan buat bentuk donat (pakai acuan donat), perap lg 30 min.
Kemudian boleh goreng. Boleh letak gula halus atau coklat compound yg dicairkan (mcm dunkin donut).
~ selamat mencuba ~



Udang Masak Hitam Berempah



Bahan-bahan :

500g Udang sederhana size - dicuci bersih lalu ditoskan

 2 biji bawang besar - dikisar 

2 ulas bawang putih - dikisar

 2 inch halia - dikisar

rempah 4 sekawan

 minyak untuk menumis 

garam dan gula secukup rasa

1 labu bawang besar potong bulat

CARA-CARANYA:

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)

2 sudu besar serbuk kari ikan/udang 

2 sudu besar serbuk kurma 

1 sudu besar serbuk perencah sup

 sedikit serbuk kunyit 

sedikit serbuk lada hitam

BAHAN SOS : 
3 sudu besar sos tiram 

5 sudu besar kicap lemak manis 

CARANYA :

 Udang dibersihkan lalu ditos dan diketepikan

Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yg di kisar hgga berbau wangi dan keemasan

Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.

Selepas itu, masukkan udang. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak udang akan rasa keras dan tak sedap)

Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan

Tutup api


Sedia dihidangkan. Selamat mencuba !!!