Sunday, January 26, 2014

Udang Masak Hitam Berempah



Bahan-bahan :

500g Udang sederhana size - dicuci bersih lalu ditoskan

 2 biji bawang besar - dikisar 

2 ulas bawang putih - dikisar

 2 inch halia - dikisar

rempah 4 sekawan

 minyak untuk menumis 

garam dan gula secukup rasa

1 labu bawang besar potong bulat

CARA-CARANYA:

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)

2 sudu besar serbuk kari ikan/udang 

2 sudu besar serbuk kurma 

1 sudu besar serbuk perencah sup

 sedikit serbuk kunyit 

sedikit serbuk lada hitam

BAHAN SOS : 
3 sudu besar sos tiram 

5 sudu besar kicap lemak manis 

CARANYA :

 Udang dibersihkan lalu ditos dan diketepikan

Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yg di kisar hgga berbau wangi dan keemasan

Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.

Selepas itu, masukkan udang. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak udang akan rasa keras dan tak sedap)

Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan

Tutup api


Sedia dihidangkan. Selamat mencuba !!!









No comments:

Post a Comment