Wednesday, February 5, 2014

MARBLE CHEESE BROWNIES


Bahan-bahan BROWNIES:
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur (gred B)
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Caranya :

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter dan koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung yg diayak td sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pd suhu 175C. Alas loyang 10x10 dgn kertas baking paper. Biar kertas berjuntai pd dua belah yg bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies selepas bakar nti.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggal sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20 min guna api atas bawah.

Bahan-bahan lapisan CHEESE :

250gm cream cheese (TATURA)
1 cawan gula kastor
1 biji telur (gred B)

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.

# Selepas 20 min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak menggunakan lidi satay ikut citarasa. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Angkat dan biarkan sejuk baru di potong.

~ SELAMAT MENCUBA ~




No comments:

Post a Comment