Wednesday, October 1, 2014

Ketam Berlada (CHILI CRAB)


1kg ketam bunga (buang kulit, cuci bersih dan toskan)
Bahan utk di blend :
6 biji cili merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
1 biji telur ayam
sedikit garam dan gula secukup rasaa
sedikit air
sedikit minyak utk menumis 

Untuk hiasan : 
1 labu bawang besar - di potong bulat
daun bawang dan daun sup 

CARA-CARA :
Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bahan yg di blend, masak sehingga naik bau dan garing. Masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan semua bahan sos, kicap, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ketam yg telah di toskan td, gaul sehingga ketam di selaputi dgn bahan-bahan sos. Biar mereneh seketika.
Pecahkan telur, kacau sehingga sebati.
Masukkan bawang besar (potong bulat), daun bawang dan sup.
Bolehlah tutup api dan di hidangkan bersama nasi putih.
~ selamat mencuba ~


1 comment: