Wednesday, January 20, 2016

KEK COKLAT KUKUS CHEESE


BAHAN A: (Lapisan Kek Coklat)
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan minyak masak
½ cawan susu cair
½ cawan air panas
Secubit garam

BAHAN YG PERLU DI AYAK :
1¼ cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonate
½ sudu teh baking powder

CARA-CARANYA:
Pukul telur + gula hingga kembang (guna whisk)
Setelah kembang, masukkan esen vanilla
Masukkan susu cair + air panas + minyak + garam
Kemudian masukkan bahan yg di ayak tadi sedikit demi
sedikit
Biarkan seketika dan bahagi kpd dua bahagian

CARA-CARA KUKUS:
Panaskan kukusan (balut penutup dgn kain)
Guna api sederhana
Sapu loyang/acuan dgn sedikit minyak
Tuang satu bahagian adunan kek coklat, kukus 15-20 min
Tuang kesemua adunan cheese tadi, kukus lagi 15-20 min
Tuang satu bahagian lagi adunan coklat, kukus 20min
Tunggu sejuk, boleh potong.

BAHAN B : ( Lapisan Cheese)
250gm cream cheese (sy guna Tatura)
60gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air

CARA-CARANYA:
Pukul cream cheese + gula hingga kembang
Masukkan telur, air dan tepung
Pukul lagi, gaul hingga sebati
Biarkan seketika



2 comments: