Wednesday, January 20, 2016

ROTI BERSALUT TELUR

Bahan-bahan :

½ buku roti gardenia - potong empat
1 labu bawang besar - di mayang
3 biji telur
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk lada hitam
Secubit garam halus
Sedikit butter dan minyak masak untuk menumis

Panaskan minyak masak dan butter di dlm kuali.
Masukkan bawang besar, serbuk jintan manis.
Tumis sehingga naik bau.
Sediakan telur yg telah dipecah dan letakkan sedikit serbuk lada hitam serta garam. Pukul dgn garfu sehingga sebati.
Masukkan adunan telur ke dlm kuali.
Masukkan juga roti gardenia yg siap di potong.
Gaul ke semua roti dgn menggunakan sudip kayu sehingga adunan telur sebati dgn roti/kekuninggan.
Tutup api dan boleh di makan panas-panas.

~ Selamat mencuba ~



19 comments: