Wednesday, January 20, 2016

KEK MARBLE CHOCOLATE

Bahan-bahan :

250gm butter (Buttercup)
250gm gula kastor
5 biji telur gred A
250gm tepung naik sendiri
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Adunan Koko:
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu teh soda bikarbonate
¼ cawan air panas
- Semua bahan di bancuh sebati (ketepikan)

CARA-CARANYA:
Putar butter dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu.
Putar lagi hingga berkrim.
Masukkan susu pekat dan esen vanilla, putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung, kacau menggunakan h/whisk.
Ambil sebahagian adunan, campurkan dengan bancuhan serbuk koko tadi.
Masukkan ke dalam loyang yg telah di sapu marjerin dan dilapik 'baking paper', secara berselang seli dan di garis menggunakan lidi satay mengikut kreativiti masing.
Sebelum bakar, panaskan dahulu oven.
Kemudian bakar adunan dengan suhu 170°c selama 1 jam/ sehingga masak menggunakan api atas bawah.
Lagi 15 min nk masak tukarkan kpd api bawah shj.

~ SELAMAT MENCUBA~



1 comment: