Wednesday, January 20, 2016

KEREPEK KETAM


Bahan-bahan ~
2 paket crab stick (rendam dlm air sehingga hilang beku - kemudian toskan, buang dari plastik)
½ sudu teh serbuk lada hitam*
½ sudu teh serbuk kari daging*
1 sudu teh serbuk perisa HILAL* (resepi asal serbuk perisa SECUKUP RASA)
Sedikit daun kari
Minyak masak utk menggoreng

# satukan bahan-bahan bertanda - gaul sebati

CARA-CARANYA ~
Picit- picit crab stick kemudian racik-racik menggunakan tangan sehingga lerai dan nipis-nipis
Masukkan crab stick dlm mangkuk
Kemudian masukkan bahan-bahan yg di satukan td...serta daun kari..gaul sehingga sebati..
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Goreng sehingga crab stick kekuningan.
Angkat dan toskan kerepek ketam.

~ Selamat Mencuba ~


1 comment: