Wednesday, January 20, 2016

AISKRIM PERISA DURIAN

Bahan-bahan :

1½ gelas susu segar Full Cream Dutch Lady
1½ gelas susu cair Ideal
3/4 tin susu pekat (ikut citarasa)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh ovelette
Isi durian - di lenyek halus

Caranya -
Satukan susu segar, susu cair, susu pekat, ovellete dan esen vanilla.
Blend atau mixer bahan td sehingga gebu.
Masukkan ke dlm bekas dan simpan dalam sejuk beku selama 1 jam.
Kemudian keluarkan dan ulang blend/ mixer sehingga adunan menjadi gebu lg.
Boleh lah di campur isi durian sehingga sebati.
Masukkan ke dlm bekas dan simpan lebih kurang 8jam.
Barulah boleh di makan.

~> SELAMAT MENCUBA <~





No comments:

Post a Comment