Sunday, September 18, 2016

CHEESEKUT @ CHEESECAKE BISCUIT

BAHAN-BAHANNYA:

250gm cream cheese TATURA
1/2 tin susu pekat
Susu Segar DUTCH LADY 
Nestum Original Nestle
Biskut Cream Cracker Hup Seng

CARACARANYA:

Pukul cream cheese hingga gebu guna hand mixer atau whisk pun boleh.
Masukkan susu pekat, kacau sebati kemudian ketepikan
Celup biskut dalam susu segar (yg disuamkan
 terlebih dahulu)
Susun dalam bekas (tupperware, mangkuk kaca atau loyang)
Ratakan cheese tadi di atas susunan biskut.
Kemudian taburlah nestum.

Ulang proses di atas hingga selesai.
Sebelum hidang bolehlah di simpan dalam peti sejuk.

*OPTIONAL - Akhir sekali selepas ratakan cheese, bolehlah di taburkan serbuk koko atau milo (tak letak pun tak mengapa) dan taburkan nestum.



PUDING KASTARD JAGUNG


BAHAN-BAHAN NYA:


1 Paket (300gm) tepung kastard BIRD'S
500gm gula pasir (kurg sikit jika perlu)
1 tin susu cair IDEAL
1 tin Jagung Cream Cap Ayam
Sedikit Esen Vanilla
2 liter air


CARA-CARANYA:


Satukan kesemua bahan di dlm periuk.
Kacau sebati supaya tidak berketul.
Buka api sederhana, kacau selalu sehingga pekat.
Sediakan acuan yg di basahkan terlebih dahulu.
Tuang adunan puding ke dlm acuan.
Tunggu sejuk dan boleh di simpan dlm peti ais 


~> SELAMAT MENCUBA <~



Saturday, September 17, 2016

SATAY HOMEMADE DAN KUAH KACANG

Bahan-Bahan :-

6-7 keping dada ayam (di potong dadu)

Rempah-ratus untuk di sangai (bahan kering) :
1 cawan biji ketumbar
3 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Cuci dan bilas, kemudian tapis.
Panaskan kuali goreng rempah² tadi tanpa minyak hingga naik aroma.
Tutup api, tunggu sejuk bolehlah di blend hingga halus (boleh buat stok lebih dan simpan dlm bekas kedap udara)

Bahan Basah :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
6-7 batang serai (di hiris)
1 inci halia
1 inci lengkuas

Perasa :-
Garam
Gula Pasir
Gula Merah/Gula Perang
Madu
Serbuk Kunyit
Sedikit minyak masak
Kisar kesemua bahan basah dgn sedikit air.

Bolehlah di gaul bersama bahan kering, kemudian masukkan sedikit minyak masak dan bahan perasa secukupnya.
Perap selama 5-6 jam
Sebelum cucuk ke lidi, rendam seketika lidi satay (elak hangus waktu membakar)


 


KUAH KACANG

350 gm kacang tumbuk/kisar
7-8 batang cili kering (dibuang biji)
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
8 keping biskut Marie (di hancur kan)
Sedikit belacan 
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam, gula pasir dan air gula merah secukup rasa

CARA-CARANYA:

Cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas serai dan juga belacan di goreng dgn sedikit minyak di dlm kuali hingga layu, angkat dan tunggu sejuk, bolehlah di blend dgn sedikit air.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumiskan bhn yg di blend tadi sehingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa, garam, gula pasir dan air gula merah.
Tunggu mendidih bolehlah masukkan kacang tumbuk dan serbuk biskut Marie.
Masak dgn api perlahan hingga naik minyak.



Wednesday, January 20, 2016

AYAM KARAMEL

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (belah empat)
4 senduk gula pasir
2 labu bawang besar - si potong
2 ulas bawang putih - di potong
2 inci halia - di potong
1½ sudu teh garam halus
2 helai daun pandan
air guna tenggelam separuh drpd ayam

CARANYA :
Hanguskan gula di dalam periuk.
Masukkan air sedikit (hati-hati sbb air akn menggelegak)
Biar gula sebati, masukkan ayam kemudian tambah lagi air mencukupi separuh drpd ayam..
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, daun pandan dan garam..
Renehkan ayam sehingga masak (ayam akn bertukar menjadi perang)..
Kemudian alih kan ayam ke sebelah bahagian lg...
Tak perlu tggu air kering..
Bila dh masak...ttup api..angkat..
Bila nk mkn bolehlah digoreng (api sederhana) atau bakar/panggang..

~ Selamat Mencuba ~



ROTI BERSALUT TELUR

Bahan-bahan :

½ buku roti gardenia - potong empat
1 labu bawang besar - di mayang
3 biji telur
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk lada hitam
Secubit garam halus
Sedikit butter dan minyak masak untuk menumis

Panaskan minyak masak dan butter di dlm kuali.
Masukkan bawang besar, serbuk jintan manis.
Tumis sehingga naik bau.
Sediakan telur yg telah dipecah dan letakkan sedikit serbuk lada hitam serta garam. Pukul dgn garfu sehingga sebati.
Masukkan adunan telur ke dlm kuali.
Masukkan juga roti gardenia yg siap di potong.
Gaul ke semua roti dgn menggunakan sudip kayu sehingga adunan telur sebati dgn roti/kekuninggan.
Tutup api dan boleh di makan panas-panas.

~ Selamat mencuba ~



KEK MARBLE CHOCOLATE

Bahan-bahan :

250gm butter (Buttercup)
250gm gula kastor
5 biji telur gred A
250gm tepung naik sendiri
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Adunan Koko:
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu teh soda bikarbonate
¼ cawan air panas
- Semua bahan di bancuh sebati (ketepikan)

CARA-CARANYA:
Putar butter dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu.
Putar lagi hingga berkrim.
Masukkan susu pekat dan esen vanilla, putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung, kacau menggunakan h/whisk.
Ambil sebahagian adunan, campurkan dengan bancuhan serbuk koko tadi.
Masukkan ke dalam loyang yg telah di sapu marjerin dan dilapik 'baking paper', secara berselang seli dan di garis menggunakan lidi satay mengikut kreativiti masing.
Sebelum bakar, panaskan dahulu oven.
Kemudian bakar adunan dengan suhu 170°c selama 1 jam/ sehingga masak menggunakan api atas bawah.
Lagi 15 min nk masak tukarkan kpd api bawah shj.

~ SELAMAT MENCUBA~



KEREPEK KETAM


Bahan-bahan ~
2 paket crab stick (rendam dlm air sehingga hilang beku - kemudian toskan, buang dari plastik)
½ sudu teh serbuk lada hitam*
½ sudu teh serbuk kari daging*
1 sudu teh serbuk perisa HILAL* (resepi asal serbuk perisa SECUKUP RASA)
Sedikit daun kari
Minyak masak utk menggoreng

# satukan bahan-bahan bertanda - gaul sebati

CARA-CARANYA ~
Picit- picit crab stick kemudian racik-racik menggunakan tangan sehingga lerai dan nipis-nipis
Masukkan crab stick dlm mangkuk
Kemudian masukkan bahan-bahan yg di satukan td...serta daun kari..gaul sehingga sebati..
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Goreng sehingga crab stick kekuningan.
Angkat dan toskan kerepek ketam.

~ Selamat Mencuba ~