Saturday, June 18, 2011

Kek Coklat Tanpa Telur

BAHAN A :
1 1/4 cawan susu segar (fresh milk)
3/4 cawan gula halus
2 sudu besar madu
1 sudu kecil nescafe
sedikit essen vanilla

BAHAN B :
1 cawan minyak (boleh digantikan dgn marjerin yg dicairkan)

BAHAN C :
1 1/2 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar (rata) serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

CHOC. FUDGE TOPPING :
1/2 tin susu pekat
1/4 serbuk koko
1 sudu besar marjerin/butter
sedikit essen vanilla

CARA-CARA MEMBUAT KEK :
1. Masak BAHAN A hingga gula larut dan sejukkan.
2. Masukkan BAHAN B kedalam adunan BAHAN A dan gaul rata. Alihkan kedalam mangkuk besar.
3. Ayak BAHAN C dan masukkan kedalam campuran A dan B dan gaul hingga sebati dgn hand whisk.
4. Tuang adunan kedalam loyang yg dialas dan digris dan bakar hingga masak pd suhu 160 celcius selama 40-45 min. Bila masak biarkan sejuk dahulu sebelum letak topping.

CARA MEMBUAT CHOC. FUDGE (TOPPING) :
Masak susu, serbuk koko dan mentega atas api perlahan hingga sebati dan masukkan essen. Biar suam dan boleh dicurah atas kek.

~ SELAMAT MENCUBA ~





Monday, June 6, 2011

Rendang Ayam Daun Maman

1 ekor ayam - dipotong 16
3 ikat daun maman
6-7 biji cili padi (kalau nk lebih pedas boleh tmbah)
sedikit kunyit hidup
daun kunyit
1/2 kilo santan pekat
1 keping asam gelugur (asam keping)
Garam secukup rasa

Caranya :
1. Cuci ayam bersih2 kemudian toskan.
2. Pilih daun maman kemudian cuci dan toskan.
3. Cili padi dan kunyit hidup di tumbuk atau dikisar halus.
4. Satukan kesemua bahan kemudian jerang didalam kuali hingga pekat.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Ikan Cencaru Belah Belakang Inti Sambal

5 ekor ikan cencaru bersaiz kecil
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar - utk diblend bersama cili kering
1 labu bawang besar - utk dimayang
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Caranya :
1. Cuci ikan bersih2..lumurkan dgn garam & kunyit
2. Cili kering, bawang besar, bawang putih dan belacan hendaklah dikisar kasar.
3. Kemudian bolehlah dicampurkan bahan2 perasa seperti asam jawa, garam dan gula secukupnya.
4. Jerang kesemua bahan diatas kuali sehingga kering dgn api yg perlahan.
5. Akhir sekali bolehlah dimasukkan sambal kedalam ikan cencaru td.
6. Panaskan minyak kemudian goreng ikan hingga garing.
7. Hidangkan panas2 bersama dgn nasi.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Sambal ikan keli

5-6 ekor ikan keli (siang & bersihkan)
2-3 labu bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
3 senduk cili kisar
2 inci belacan
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menggoreng & menumis

Cara-caranya :

1. Cuci ikan bersih2 ( guna air kapur / air asam limau )
2. Kemudian lumur ikan dgn sedikit serbuk kunyit, garam & sedikit tepung beras.
3. Goreng ikan sehingga garing. Kalau nak selamat tudung dgn penutup periuk kukus.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Guna minyak goreng ikan td.
6. Tumis cili yg telah dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan belacan.
7. Biar sehingga cili td masak dan terbit minyak.
8. Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
9. Bolehlah masukkan ikan keli yg telah siap digoreng td.
10. Hidang panas2 bersama dgn nasi putih.

~ SELAMAT MENCUBA ~