Saturday, June 18, 2011

Kek Coklat Tanpa Telur

BAHAN A :
1 1/4 cawan susu segar (fresh milk)
3/4 cawan gula halus
2 sudu besar madu
1 sudu kecil nescafe
sedikit essen vanilla

BAHAN B :
1 cawan minyak (boleh digantikan dgn marjerin yg dicairkan)

BAHAN C :
1 1/2 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar (rata) serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

CHOC. FUDGE TOPPING :
1/2 tin susu pekat
1/4 serbuk koko
1 sudu besar marjerin/butter
sedikit essen vanilla

CARA-CARA MEMBUAT KEK :
1. Masak BAHAN A hingga gula larut dan sejukkan.
2. Masukkan BAHAN B kedalam adunan BAHAN A dan gaul rata. Alihkan kedalam mangkuk besar.
3. Ayak BAHAN C dan masukkan kedalam campuran A dan B dan gaul hingga sebati dgn hand whisk.
4. Tuang adunan kedalam loyang yg dialas dan digris dan bakar hingga masak pd suhu 160 celcius selama 40-45 min. Bila masak biarkan sejuk dahulu sebelum letak topping.

CARA MEMBUAT CHOC. FUDGE (TOPPING) :
Masak susu, serbuk koko dan mentega atas api perlahan hingga sebati dan masukkan essen. Biar suam dan boleh dicurah atas kek.

~ SELAMAT MENCUBA ~





No comments:

Post a Comment