Wednesday, January 20, 2016
AYAM PANDAN
Bahan-bahan :
½ ekor ayam (isi dipotong dadu)
*3 ulas bawang putih
*5 biji bawang merah
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*1 inci lengkuas
*2 batang serai
*2 sudu kecil ketumbar
*2 sudu kecil jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Cara-caranya :
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda *
2. Campurkan dengan isi ayam dan gaul sebati.
3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
4. Perap selama 1-2 jam.
5. Kemudian, buat poket pada daun pandan dan masukkan ayam ke dalam nya.
6. Balut dengan kemas seperti membuat ketupat palas (boleh tengok dlm You Tube). Potong lebihan dan cucuk dengan lidi supaya ayam tidak terkeluar dari daun ketika goreng.
7. Setelah siap di bungkus, goreng di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan dengan api sederhana.
8. Angkat dan toskan minyaknya dan sedia dihidangkan.
~> Selamat Mencuba <~
SATAY IKAN THAI
RESEPI :
1kg ikan sardin/selayang (ambil isi sahaja)
1 labu bawang besar
120gm tepung ubi (guna tepung sagu sbb takda stok)
1 sudu teh serbuk perasa HILAL
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARANYA :
* Cincang isi ikan dan bawang besar kemudian blend.
* Masuk kan isi ikan dalam mangkuk dan gaul kan sehingga sebati bersama tepung ubi, soda bikarbonate, perasa dan garam.
* Panaskan minyak dalam kuali, goreng sebentar kemudian angkat.
* Bakar satay ikan (saya guna magic pan)
BAHAN SOS CICAH
Cili kisar*
Bawang putih*
Gula Kabung
Gula pasir
Tepung ubi
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Bahan bertanda * di kisar bersama
CARANYA:
Satukan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sehingga pekat.
~ Selamat Mencuba ~
POPCORN CARAMEL
1 cawan biji jagung
3 sudu marjerin/butter
~ Panaskan kuali/periuk dgn api sederhana
~ Masukkan marjerin, biar cair
~ Kemudian masukkan biji jagung, gaul sebati
~ Tutup kuali/periuk kemudian tunggu sehingga selesai
jagung meletup
~ Bila dh habis bunyi jagung meletup
~ Tutup api dan ketepikan popcorn ke dlm mangkuk
BAHAN UNTUK KARAMEL
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar madu
3 sudu besar susu pekat
3 sudu marjerin
~ Panaskan kuali/periuk dgn api sederhana
~ Masukkan gula pasir kemudian hanguskan hingga perang
~ Perlahan kan api, masukkan madu, susu pekat dan marjerin
~ Kacau sehingga sebati masukkan popcorn
~ Kacau popcorn dgn dua belah tgn menggunakan sudip kayu
~ Kaup balik sehingga rata, tutup api
~ Angkat popcorn dan ratakan dlm dulang/loyang
~ Tunggu sejuk, boleh di makan
~ Baki simpan dlm bekas kedap udara
~ SELAMAT MENCUBA ~
DAGING BLACKPEPPER
Bahan-bahan:
Daging
300g daging (dipotong kecil)
Air secukupnya
- Rebus daging sehingga lembut
Tumis
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
- Kisar semua bahan dan ketepikan.
(Saya potong bahan² tersebut)
Sos
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
½ sudu teh serbuk perencah sup (jenama Mak Siti)
3-5 titik minyak bijan (tak letak - takda stok)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk perasa HILAL
secubit garam
- Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan diketepikan.
~ Selamat Mencuba ~
TEPUNG GOMAK
UNTUK INTI :
1/2 biji kelapa parut
1½ cawan gula merah - (di masak bersama gula melaka
dan sdkit air - di tapis)
1 keping gula melaka
1 sudu tepung gandum (dibancuh dgn sdkit air)
sedikit garam
sehelai daun pandan
CARANYA:
Masukkan kelapa parut ke dlm kuali, air gula merah, garam,
air bancuhan tepung gandum dan daun pandan.
Masak sehingga kering air dan melekat.
Tutup api dan ketepikan
Apabila dah sejuk, boleh lah di gentel bulat-bulat
TEPUNG KACANG HIJAU
½ kg kacang hijau di cuci dan di toskan - di sangai seketika
Di blend dengan pengisar kering kemudian di tapis sebanyak
3 kali (boleh ulang blend kacang hijau yg dah di tapis)
ADUNAN TEPUNG
3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Air secukup nya - untuk menguli
CARA-CARANYA :
Panaskan air di dalam periuk.
Adun ke semua bahan sehingga sebati (tak melekat di tangan)
Ambil adunan bulatkan, kemudian letak inti di tengah.
Tangkup dan lenyek sedikit adunan.
Boleh di masukkan ke dlm periuk yg sudah mendidih air nya.
Tunggu kuih tepung gomak terapung.
Kemudian angkat dan toskan.
Barulah di lumurkan dengan tepung kacang hijau tadi.
~ SELAMAT MENCUBA~
CHURROS ATAU KUIH BELIMBING
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur ayam
1 sudu besar gula pasir
½ sudu teh garam
CARA-CARANYA :
Panaskan air, mentega dan garam, gula sehingga mendidih.
Tutup api dan masukkan esen vanilla dan tepung gandum.
Kacau menggunakan senduk kayu sehingga tepung sebati.
Ketepikan dan tunggu suam.
Kemudian masukkan telur satu persatu.
Kacau hingga sebati.
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Masukkan adunan ke dalam acuan.
Goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan siap utk dihidang bersama serbuk gula atau coklat.
KEK COKLAT KUKUS CHEESE
BAHAN A: (Lapisan Kek Coklat)
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan minyak masak
½ cawan susu cair
½ cawan air panas
Secubit garam
BAHAN YG PERLU DI AYAK :
1¼ cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonate
½ sudu teh baking powder
CARA-CARANYA:
Pukul telur + gula hingga kembang (guna whisk)
Setelah kembang, masukkan esen vanilla
Masukkan susu cair + air panas + minyak + garam
Kemudian masukkan bahan yg di ayak tadi sedikit demi
sedikit
Biarkan seketika dan bahagi kpd dua bahagian
CARA-CARA KUKUS:
Panaskan kukusan (balut penutup dgn kain)
Guna api sederhana
Sapu loyang/acuan dgn sedikit minyak
Tuang satu bahagian adunan kek coklat, kukus 15-20 min
Tuang kesemua adunan cheese tadi, kukus lagi 15-20 min
Tuang satu bahagian lagi adunan coklat, kukus 20min
Tunggu sejuk, boleh potong.
BAHAN B : ( Lapisan Cheese)
250gm cream cheese (sy guna Tatura)
60gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air
CARA-CARANYA:
Pukul cream cheese + gula hingga kembang
Masukkan telur, air dan tepung
Pukul lagi, gaul hingga sebati
Biarkan seketika
Subscribe to:
Posts (Atom)






