Monday, January 27, 2014

Apom Bakar


BAHAN-BAHAN :

500 gm tepung beras

500 gm gula pasir

1 paket yis mauripan

air untuk membancuh

8 biji telur ayam *

kelapa parut putih*

Bahan * guna waktu nk bakar kemudian nti..

CARA-CARANYA :

Ayak tepung beras.

Satukan kesemua bahan kering di dalam bekas/periuk.

Bancuh dgn air sehingga adunan sebati (tidak terlalu cair dan pekat).

Perap adunan (seelok-eloknya semalaman).

Sewaktu hendak membakar, panas dahulu acuan.

Sapu sedikit minyak dgn menggunakan daun pandan.

Ambil 4 senduk besar adunan tepung dan campurkan dgn 4-5 biji telur ayam.

Kacau sehingga sebati kemudian masukkan 5 sudu besar kelapa parut dan sedikit garam.

Tuang adunan yg dibancuh td ke dlm acuan.

Tudung acuan menggunakan tudung periuk.

Dengan api perlahan, biar selama 3-4 min.

Kemudian alih, tunggu sehingga kekuningan.

Boleh lah di angkat dan hidang.

~ selamat mencuba ~

ACUAN APOM BAKAR


Sunday, January 26, 2014

Donat Gebu



Donat Gebu

1kg tepung gandum
1 sdu besar mentega
1 sdu besar shortening
1 1/2 gelas air suam
6 sdu besar gula pasir
4 sdu besar susu pekat
2 bji telur
1 paket yis serbuk (mauripan)
Secubit garam halus

CARANYA:
Larutkan gula dan susu pekat dlm air suam. 
Masukkan yis, biar hingga kembang/naik buih.
Dalam mangkuk lain, masukkan tpg, mentega, shortening, garam dan telur.
Kemudian masukkan bancuhan yis td, uli doh. Biar sejam.
Lepas canai dan buat bentuk donat (pakai acuan donat), perap lg 30 min.
Kemudian boleh goreng. Boleh letak gula halus atau coklat compound yg dicairkan (mcm dunkin donut).
~ selamat mencuba ~



Udang Masak Hitam Berempah



Bahan-bahan :

500g Udang sederhana size - dicuci bersih lalu ditoskan

 2 biji bawang besar - dikisar 

2 ulas bawang putih - dikisar

 2 inch halia - dikisar

rempah 4 sekawan

 minyak untuk menumis 

garam dan gula secukup rasa

1 labu bawang besar potong bulat

CARA-CARANYA:

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)

2 sudu besar serbuk kari ikan/udang 

2 sudu besar serbuk kurma 

1 sudu besar serbuk perencah sup

 sedikit serbuk kunyit 

sedikit serbuk lada hitam

BAHAN SOS : 
3 sudu besar sos tiram 

5 sudu besar kicap lemak manis 

CARANYA :

 Udang dibersihkan lalu ditos dan diketepikan

Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yg di kisar hgga berbau wangi dan keemasan

Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.

Selepas itu, masukkan udang. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak udang akan rasa keras dan tak sedap)

Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan

Tutup api


Sedia dihidangkan. Selamat mencuba !!!









Tuesday, December 6, 2011

Puding Roti Sos Kastard (Versi Kukus atau Bakar)

Bahan :
A :-
1000ml susu segar/fresh milk
16 keping roti gardenia

B :-
8 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
4 biji telur ayam
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung

C :-
4 sudu besar kismis hitam (alternatif boleh campur kurma yg dipotong dadu)

Caranya :
1. Koyakkan roti dan rendam dlm susu 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dlm loyang.
4. Kemudian kukus selama 30-40min.

# boleh juga di bakar dgn suhu 180c selama 45 min (guna loyang 10"x10")

Sos Kastard :
1 tin susu sejat IDEAL
1 tin air (sukat guna tin susu)
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula pasir (atau ikut citarasa masing2)

Caranya:
*Campur kesemua bahan dalam periuk
*Kacau di atas api yang sederhana
*Masak sehingga pekat





versi kukus



versi bakar

versi bakar




Friday, September 30, 2011

Spaghetti


 Bahan-bahannya :
1 bungkus spaghetti (250g syorkan jenama agnesi) – direbus dahulu bersama air dan sedikit minyak
1 paket daging cincang (Ramli – 400g)
2-3 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
2 ulas bwg putih ( dimayang halus)
1 labu bwg besar (dimayang halus)
1 tin button mushroom (dipotong nipis2)/cendawan shiitake segar
1 biji tomato (di potong dadu)
2 batang saderi
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk oregano Mc Cormick
daun basil/daun selasih (serbuk kering)
bebola daging/sosej
Sedikit air
Chesse mozzarella  (tabur sewaktu dihidang)
Garam & gula secukup rasa

CARA-CARANYA:
·         Tumis kedua dua bwg yg dimayang halus sehingga naik bau.
·         Kemudian masukkan daging cincang. Kacau sehingga kering air nya.
·         Masukkan sos tomato & cili, serbuk oregano, daun basil, serbuk lada hitam, garam & gula secukup rasa.
·         Tambahkan sedikit air. Jangan terlalu cair.
·         Setelah mendidih masukkan  sosej/bebola daging, button mushroom, batang saderi dan tomato.
·         Kacau dan padamkan api.
·         Kemudian boleh dihidangkan bersama spaghetti yg telah direbus td…
·         Jgn lupa taburkan sedikit cheese mozzarella di atas spagetti .

~ SELAMAT MENCUBA~



Monday, September 19, 2011

Spaghetti Sos Carbonara (sos putih)


Pasta (spaghetti/macaroni/fetuccini/spiral dll pun boleh) rebus dlm air hgga masak, kemudian toskan
500 ml susu segar dutch lady
1500ml air
1 ½ cawan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
2 keping dada ayam (potong dadu)
1 labu bwg besar – potong dadu
2 ulas bwg putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk oregano
3 ketul kiub pati ayam
2-3 keping cheese
Garam secukup rasa
1 biji lada benggala/capsicum  (kalau nk cantik ½ biji kaler kuning + ½ biji kaler merah)
3 btg saderi
1 tin cendawan butang (potong nipis)
200 gm isi udang (dikeringkan air terlebih dahulu dlm kuali tanpa minyak/air) utk tabur atas
Sedikit minyak utk menumis…

Cara-caranya :
Tumis bwg besar & bwg putih.
Masukkan air 1500ml, jerang hgga mendidih, kemudian masukkan isi dada ayam, kiub pati ayam
Kemudian masukkan susu segar 500ml kacau dgn api sederhana.
Masukkan tepung gandum, kacau selalu
Kemudian masukkan cendawan butang, serbuk oregano, serbuk lada hitam, lada benggala, btg saderi, cheese dan garam secukup rasa…
Kacau hgga pekat dan masak.
Kemudian tutup api.
Boleh dihidang bersama spaghetti dan tabur isi udang diatasnya...

 ~ SELAMAT MENCUBA ~



Saturday, July 16, 2011

Murtabak Maggi

3 bungkus Maggi Mi Goreng Plus (perencah asli) ~ direbus dan ditos
2 paket perencah Mi Goreng Plus (ambil perencah serbuk saja)
1/2 paket daging cincang
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
sedikit daun sup/bawang (dipotong halus)
1 batang fish cake (dipotong dadu)
10 biji fish ball (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari daging baba's
5 biji telur ayam (dipukul sedikit dgn garfu)
garam dan perisa secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
sedikit air

Cara-caranya :

1. Panaskan air sehingga mendidih kemudian masukkan maggi, rebus sehingga lembut.Angkat dan toskan.
2. Panaskan kuali, tumiskan bawang besar kemudian masukkan rempah dan sedikit air.
3. Tunggu sehingga rempah masak dan bolehlah masukkan daging cincang.
4. Masukkan garam dan perisa secukup rasa.
5. Tutup api kemudian angkat dan letakkan kedalam bekas lain.
6. Campurkan telur yg telah dipukul sedikit, daun sup/bawang, fish ball/fish cake kedalam adunan maggi yg siap ditos td. Kacau hingga sebati.
7. Panaskan kuali leper kemudian sendukkan adunan maggi keatas kuali. Ratakan sebesar roti canai.
8. Tunggu sehingga garing dibahagian bawah barulah dialihkan murtabak maggi tersebut.
9. Bila dah garing, bolehlah diangkat dan hidang panas-panas bersama sos cili.