Wednesday, February 5, 2014

MARBLE CHEESE BROWNIES


Bahan-bahan BROWNIES:
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur (gred B)
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Caranya :

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter dan koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung yg diayak td sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pd suhu 175C. Alas loyang 10x10 dgn kertas baking paper. Biar kertas berjuntai pd dua belah yg bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies selepas bakar nti.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggal sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20 min guna api atas bawah.

Bahan-bahan lapisan CHEESE :

250gm cream cheese (TATURA)
1 cawan gula kastor
1 biji telur (gred B)

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.

# Selepas 20 min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak menggunakan lidi satay ikut citarasa. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Angkat dan biarkan sejuk baru di potong.

~ SELAMAT MENCUBA ~




APAM POLKADOT



Bahan-bahan :

3 biji telur (gred A) - disejukkan dlm peti ais dahulu
220 gm gula halus
1 sudu teh ovalette
275 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
150 ml susu segar/fresh milk
1 sudu teh esen vanilla
piping beg (plastik)
filling strawberry/blueberry/orange
pewarna makanan
acuan lompang
cawan kertas

Cara-caranya:

Pukul telur, gula dan ovalette dgn kelajuan maksima sehingga kembang dan gebu (putih).
Kemudian masukkan esen vanilla, tepung gandum yg di ayak bersama baking powder di selang seli dgn susu segar.
Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian kemudian titis pewarna ikut pilihan.
Isikan adunan ke dalam beg piping. picit sedikit ke dlm bekas cawan kertas.
di ikuti dgn filling, kemudian ulang adunan sekali lg bhgian atas.
Kukus selama 10 min dengan api yg sederhana.



Apam Angry Bird

Sebelum di kukus



PUDING MARBLE


Bahan-bahan :

37 gm agar-agar tali (1 tahil)
6 gelas air (1300 ml)
2 1/2 gelas gula pasir ( 475gm)
4 biji telur
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara nya :

1. Masak agar-agar dengan air.
2. Pukul telur sampai kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lg hingga sebati.
3. Masukkan susu cair, pukul sebati.
4. Apabila agar-agar td sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur hingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi.
5. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
6. Angkat dan bahagikan kepasa dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
7. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
8. Boleh disimpan sejuk dalam peti ais.




Monday, January 27, 2014

Apom Bakar


BAHAN-BAHAN :

500 gm tepung beras

500 gm gula pasir

1 paket yis mauripan

air untuk membancuh

8 biji telur ayam *

kelapa parut putih*

Bahan * guna waktu nk bakar kemudian nti..

CARA-CARANYA :

Ayak tepung beras.

Satukan kesemua bahan kering di dalam bekas/periuk.

Bancuh dgn air sehingga adunan sebati (tidak terlalu cair dan pekat).

Perap adunan (seelok-eloknya semalaman).

Sewaktu hendak membakar, panas dahulu acuan.

Sapu sedikit minyak dgn menggunakan daun pandan.

Ambil 4 senduk besar adunan tepung dan campurkan dgn 4-5 biji telur ayam.

Kacau sehingga sebati kemudian masukkan 5 sudu besar kelapa parut dan sedikit garam.

Tuang adunan yg dibancuh td ke dlm acuan.

Tudung acuan menggunakan tudung periuk.

Dengan api perlahan, biar selama 3-4 min.

Kemudian alih, tunggu sehingga kekuningan.

Boleh lah di angkat dan hidang.

~ selamat mencuba ~

ACUAN APOM BAKAR


Sunday, January 26, 2014

Donat Gebu



Donat Gebu

1kg tepung gandum
1 sdu besar mentega
1 sdu besar shortening
1 1/2 gelas air suam
6 sdu besar gula pasir
4 sdu besar susu pekat
2 bji telur
1 paket yis serbuk (mauripan)
Secubit garam halus

CARANYA:
Larutkan gula dan susu pekat dlm air suam. 
Masukkan yis, biar hingga kembang/naik buih.
Dalam mangkuk lain, masukkan tpg, mentega, shortening, garam dan telur.
Kemudian masukkan bancuhan yis td, uli doh. Biar sejam.
Lepas canai dan buat bentuk donat (pakai acuan donat), perap lg 30 min.
Kemudian boleh goreng. Boleh letak gula halus atau coklat compound yg dicairkan (mcm dunkin donut).
~ selamat mencuba ~



Udang Masak Hitam Berempah



Bahan-bahan :

500g Udang sederhana size - dicuci bersih lalu ditoskan

 2 biji bawang besar - dikisar 

2 ulas bawang putih - dikisar

 2 inch halia - dikisar

rempah 4 sekawan

 minyak untuk menumis 

garam dan gula secukup rasa

1 labu bawang besar potong bulat

CARA-CARANYA:

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)

2 sudu besar serbuk kari ikan/udang 

2 sudu besar serbuk kurma 

1 sudu besar serbuk perencah sup

 sedikit serbuk kunyit 

sedikit serbuk lada hitam

BAHAN SOS : 
3 sudu besar sos tiram 

5 sudu besar kicap lemak manis 

CARANYA :

 Udang dibersihkan lalu ditos dan diketepikan

Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yg di kisar hgga berbau wangi dan keemasan

Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.

Selepas itu, masukkan udang. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak udang akan rasa keras dan tak sedap)

Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan

Tutup api


Sedia dihidangkan. Selamat mencuba !!!









Tuesday, December 6, 2011

Puding Roti Sos Kastard (Versi Kukus atau Bakar)

Bahan :
A :-
1000ml susu segar/fresh milk
16 keping roti gardenia

B :-
8 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
4 biji telur ayam
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung

C :-
4 sudu besar kismis hitam (alternatif boleh campur kurma yg dipotong dadu)

Caranya :
1. Koyakkan roti dan rendam dlm susu 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dlm loyang.
4. Kemudian kukus selama 30-40min.

# boleh juga di bakar dgn suhu 180c selama 45 min (guna loyang 10"x10")

Sos Kastard :
1 tin susu sejat IDEAL
1 tin air (sukat guna tin susu)
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula pasir (atau ikut citarasa masing2)

Caranya:
*Campur kesemua bahan dalam periuk
*Kacau di atas api yang sederhana
*Masak sehingga pekat





versi kukus



versi bakar

versi bakar