Wednesday, October 1, 2014

Ketam Berlada (CHILI CRAB)


1kg ketam bunga (buang kulit, cuci bersih dan toskan)
Bahan utk di blend :
6 biji cili merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
1 biji telur ayam
sedikit garam dan gula secukup rasaa
sedikit air
sedikit minyak utk menumis 

Untuk hiasan : 
1 labu bawang besar - di potong bulat
daun bawang dan daun sup 

CARA-CARA :
Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bahan yg di blend, masak sehingga naik bau dan garing. Masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan semua bahan sos, kicap, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ketam yg telah di toskan td, gaul sehingga ketam di selaputi dgn bahan-bahan sos. Biar mereneh seketika.
Pecahkan telur, kacau sehingga sebati.
Masukkan bawang besar (potong bulat), daun bawang dan sup.
Bolehlah tutup api dan di hidangkan bersama nasi putih.
~ selamat mencuba ~


Wednesday, August 6, 2014

TAUHU TELUR (KUKUS-GORENG)

BAHAN A-
2 ketul tauhu telur/jepun
4 keping tauhu petak (lembut)
2 biji telur
2 sudu besar Maggi Secukup Rasa
Sedikit garam
Segenggam isi udang
(Kisar kesemua BAHAN A hingga sebati)

BAHAN B-
Sedikit daun sup dan daun bawang - di potong halus
Sedikit cili merah - buang biji dan dihiris halus

BAHAN C-
Telur - dipukul sedikit menggunakan garfu

CARA-CARA :
Campur BAHAN A dan BAHAN B, gaul sebati
Kukus selama lebih kurang 30 min
Biarkan sejuk dan potong
Sadurkan dengan telur dan goreng hingga kekuningan
Sedia dihidang bersama sos


APAM BALIK HOMEMADE (Magic Pan)

APAM BALIK HOMEMADE (magic pan)
2½ cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1½ cawan air
1 sudu teh essen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Sedikit mentega utk mengoles
BAHAN TABUR-
Kacang tanah
Jagung manis (krim)
Gula pasir
Marjerin
CARA-CARANYA-
Gunakan mixer atau blender, pukul telur dgn gula hingga kembang.
Masukkan air, essen vanilla, soda bikarbonat, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.
Pukul lagi sehingga sebati.
Perap adunan selama ½ jam.
Panaskan magic pan (api sederhana), sapu sedikit marjerin kemudian tuang adunan sehingga rata.
Taburkan sedikit kacang tanah, gula, jagung manis dan mentega di atas apam balik.
Tunggu sehingga menjadi kuning atau garing.
Angkat dan boleh la dilipat dua.
~ selamat mencuba ~




Wednesday, February 12, 2014

Nasi Dagang (Versi Terengganu)

Nasi Dagang 

3 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
RM 2 santan
Garam secukup rasa
1 sudu besar halba
Bawang merah dan halia (hiris halus)
Sedikit air

Caranya : 
Beras di cuci dan direndam semalaman atau 4-5 jam pun ok.
Masukkan beras dlm periuk pengukus dan kukus sehingga wap naik.

Biarkan seketika 5-10 min. Angkat dan pindahkan ke dlm bekas yg besar. Bancuh santan separuh dgn sedikit air dan letak garam. Tuang ke dalam beras, gaul hingga sebati.

Masuk semula beras ke dlm periuk pengukus. Kukus lg 10 min.

Angkat kali kedua beras td, masukkan ke dlm bekas. Tuang lg separuh santan ke atas beras/ nasi, gaul sebati. Masuk semula nasi ke dlm periuk pengukus.

Tabur halba, bawang merah serta halia. Tutup periuk pengukus, kukus selama 15 min. 

Tutup api, angkat dan hidang panas².

 GULAI IKAN TONGKOL ( Nasi Dagang)

RM 3 santan
2 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
2 cm lengkuas*
2 cm kunyit hidup*
Sedikit belacan*
(Bahan bertanda * dikisar bersama)

Bahan Rempah :
2 senduk kecil cili kering kisar
1 paket kecil rempah ikan 
2 sudu besar rempah daging
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk ketumbar

3 keping asam gelugur/keping
5-6 biji cili padi
3 sudu besar kerisik
Garam, perisa dan gula secukup rasa

Sekilo ikan tongkol hitam sederhana besar - di cuci dan di rebus dgn sedikit air(tengelam kan ikn shj) dan asam keping sehingga masak dgn api yg perlahan.

Masukkan santan dlm periuk yg berasingan. Santan tersebut hendaklah di bancuh terlebih dahulu dgn air rebusan dan air biasa.

Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 15 min. Kacau sekali sekala, spya santan tidak berketul, kemudian masukkan bahan yg dikisar kedalam santan.

Bahan² rempah ditumis dgn minyak di dlm kuali sehingga naik minyak dan garing dgn api perlahan.

Masukkan bahan rempah yg ditumis ke dlm santan td. Masukkan garam, perisa dan gula secukup rasa serta asam keping. 

Masukkan pula kerisik, tunggu sehingga mendidih barulah masukkan ikan tongkol, akhir sekali masukkan cili padi.

~ Selamat mencuba ~

Acar Timun

1 biji timun (potong memanjang - di buang biji)
1 batang lobak merah/ karot- potong memanjang
1 labu bawang besar- potong separuh bulat (nipis)
1 biji cili merah - dibuang biji dan di potong memanjang
2 sudu cuka makan
½ sudu teh garam halus
4 sudu besar gula pasir

Caranya : 
Gaul kesemua bahan hingga sebati. Kemudian simpan di dlm peti sejuk.
Seelok-eloknya buat awal spya timun menjadi rapuh.

Wednesday, February 5, 2014

MARBLE CHEESE BROWNIES


Bahan-bahan BROWNIES:
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur (gred B)
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Caranya :

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter dan koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung yg diayak td sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pd suhu 175C. Alas loyang 10x10 dgn kertas baking paper. Biar kertas berjuntai pd dua belah yg bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies selepas bakar nti.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggal sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20 min guna api atas bawah.

Bahan-bahan lapisan CHEESE :

250gm cream cheese (TATURA)
1 cawan gula kastor
1 biji telur (gred B)

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.

# Selepas 20 min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak menggunakan lidi satay ikut citarasa. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Angkat dan biarkan sejuk baru di potong.

~ SELAMAT MENCUBA ~




APAM POLKADOT



Bahan-bahan :

3 biji telur (gred A) - disejukkan dlm peti ais dahulu
220 gm gula halus
1 sudu teh ovalette
275 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
150 ml susu segar/fresh milk
1 sudu teh esen vanilla
piping beg (plastik)
filling strawberry/blueberry/orange
pewarna makanan
acuan lompang
cawan kertas

Cara-caranya:

Pukul telur, gula dan ovalette dgn kelajuan maksima sehingga kembang dan gebu (putih).
Kemudian masukkan esen vanilla, tepung gandum yg di ayak bersama baking powder di selang seli dgn susu segar.
Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian kemudian titis pewarna ikut pilihan.
Isikan adunan ke dalam beg piping. picit sedikit ke dlm bekas cawan kertas.
di ikuti dgn filling, kemudian ulang adunan sekali lg bhgian atas.
Kukus selama 10 min dengan api yg sederhana.



Apam Angry Bird

Sebelum di kukus



PUDING MARBLE


Bahan-bahan :

37 gm agar-agar tali (1 tahil)
6 gelas air (1300 ml)
2 1/2 gelas gula pasir ( 475gm)
4 biji telur
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara nya :

1. Masak agar-agar dengan air.
2. Pukul telur sampai kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lg hingga sebati.
3. Masukkan susu cair, pukul sebati.
4. Apabila agar-agar td sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur hingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi.
5. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
6. Angkat dan bahagikan kepasa dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
7. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
8. Boleh disimpan sejuk dalam peti ais.