Friday, February 25, 2011

Kuih Kaswi @ Lompang

3 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
2 sudu kecil air kapur
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
2 cawan air (utk masak gula merah)
2 cawan air (utk bancuhan tepung)
daun pandan

kelapa parut putih, garam & daun pandan (simpul) - kukus sekejap

1. Satukan gula merah & gula pasir dlm periuk kecil kemudian masukkan 2 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil hingga gula larut. Sejukkan sebentar.

2. Satukan tepung beras & tepung ubi, kemudian tuang 2 cawan air & air kapur. Gaul rata.

3. Kemudian tuang air gula (ditapis) yg telah sejuk td. Gaul sehingga sebati.

*Utk kaswi : kukus di dlm loyang selama 20 min..
*Utk lompang : 15 min (dlm acuan cawan khas utk lompang)

~ SELAMAT MENCUBA ~


Sunday, November 21, 2010

AYAM GORENG LENGKUAS

(hidangan untuk 8 orang)

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong lapan bahagian)
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 batang serai
*1 cm lengkuas
*1 cm halia
*1 cm kunyit hidup
*1 camca teh ketumbar
*1 camca teh jintan manis
*1 camca teh jintan putih
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

*bahan bertanda diatas di kisar lumat dgn sedikit air, kemudian tapiskan air (ambil patinya sahaja)

Hiasan

4 - 5 helai daun salad
Hirisan timun dan tomato

Kaedah menyediakan :

1. Lumurkan ayam dengan bahan kisar.
2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama secawan air, garam dan serbuk perasa. Masak di atas api sederhana hingga ayam setengah masak.
3. Keluarkan ayam dan goreng ayam sehingga kekuningan.
4. Hidangkan bersama dengan daun salad, hirisan timun dan tomato.

Laksa KEDAH

2 kilo ikan kembung
cili kering (dikisar asing - masuk dlm kuah ikut byk mana kita suka)
2 labu bawang besar
6-7 ulas bawang merah
2 inci belacan
2 btg bunga kantan
sedikit daun kesum
6-7 keping asam gelugur (asam keping)
garam secukup rasa
sedikit perasa


ulam-ulaman :-
ulam raja/daun selom
timun
bawang besar
cili padi
asam limau
Telur ayam (rebus)

bihun laksa (beras)1 paket
(rendam 1-2 jam sebelum rebus dlm periuk)

sambal kelapa/nyior :-
kelapa parut diblend bersama sedikit cili kisar serta sedikit garam

CARA MEMBUAT KUAH :-
Cuci ikan kemudian direbus bersama dgn asam keping (3keping)..
tunggu sejuk dulu pastu asingkan isi dgn tulang ikan..
isi ikan diblend kemudian asingkan (guna air rebusan td)...tulang diblend jugak (kena tapis ngan penapis yg halus)...bawang besar, bawang merah dan belacan diblend bersama...
Akhir sekali satukan kesemua bhn yg telah diblender td ke dlm periuk.
Jerang bersama daun kesum, bunga kantan dan asam gelugur.
tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan garam serta perasa secukupnya.

ROTI PAUN

300gm tepung gandum
80gm gula
1 sudu teh yis + ½ -3/4 air suam
2 biji telur
1 sudu teh bread improver
 1 sudu teh bread softener
Marjerin

Caranya :-

1.    1.    Yis direndam bersama air suam. Kemudian gaulkan kesemua sekali. Tinggalkan selama 1jam
2.    2.    Ambil sedikit adunan, masukkan sedikit marjerin kedalamnya dan bulatkan.
3.    3.   Masukkan ke dalam tin pembakar, jarakkan sedikit. Tinggalkan sebentar lagi agar ianya naik sedikit.
4.   4.    Sapu atasnya dengan marjerin.
5.   5.   Bakar selama 10-15min dalam 180 C




.













Thursday, November 11, 2010

Resepi Otak-Otak


1 kg isi tenggiri / ikan kacang
5-6 sudu besar santan pekat 
2 biji telur
100g / 4 sudu besar tepung ubi
1/2 cwn minyak masak
garam, gula, dan perisa (secukup rasa)

Bahan sambal :
3-4 sudu besar cili boh
4 biji bwg merah
1 biji bwg besar
4 biji bwg putih
1" halia
1" kunyit
1" lengkuas
4-5 batang serai
4 biji buah keras
1- 1 1/2 “  belacan
3-4 sudu besar  rempah kari


Cara-caranya :
Bersihkan ikan macam biasa. Kikis isi tenggiri, asingkan
Kisar semua bahan sambal.
Tumis dgn 1/2 cwn minyak. Kalau waktu tumis rasa xcukup minyak, boleh tmbah minyak sikit.(mmg byk guna minyak sebab lama2 akan kering)
Tumis sampai agak pekat. Kacau selalu supaya tidak hangit
Kemudian masukkan bahan perisa. (biar agak masin dari biasa, sbb nanti bila dah campur dengan isi ikan, ia jadi tawar sikit)
Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
Bila dah sejuk, ambil sambal dan masukkan dalam isi ikan tadi.
Masukkan juga tepung ubi, santan dan telur. Kemudian gaul hingga sebati.
Sediakan daun pisang kemudian bolehlah dibungkus . Selesai membungkus, bolehlah dibakar sehingga masak.

~SELAMAT MENCUBA~




Udang Percik

1 kg udang saiz sederhana
1 biji kelapa (ambil santannya)         
½ keping gula Melaka @ gula biasa secukup rasa…

Bahan2 dikisar halus :
7 ulas bawang merah
2 inci lengkuas
Sedikit belacan
3 sudu besar pes cili/ cili kering yg telah di blend
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk jintan putih
5 batang serai
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara memasaknya :
1.       Perapkan udang dgn sebahagian bahan yg dikisar. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2.       Panaskan minyak kemudian tumis sebahagian lagi bahan di kisar td sehingga naik bau.
3.       Masukkan santan, gula Melaka, garam kemudian kacau sehingga pekat.
4.       Setelah kuah masak, bolehlah dituangkan keatas udang. Sedia di hidang.

~SELAMAT MENCUBA~




PUDING TRIFFLE

1 biji kek gulung (ikt suka perasa apa pun)
1 tin buah campuran (buah koktel) - tin besar
1 tin susu cair
1 gelas air
3 sudu besar tpg kastard
4 sudu besar gula
1 kotak jelly kristal (perisa ikut suka) arahan membuat ada di kotak tersebut..
                     
*potong kek gulung...
*kemudian susun dlm bekas..
*tapis buah campuran kedlm bekas...(jgn buang airnya)
*air buah campuran td di tuang ke atas kek gulung..
*campur 1 gelas air bersama dgn tpg kastard..
*kacau hingga sebati
*kemudian masukkan tpg kastard bersama susu dan gula kedlm periuk...
*kacau adunan itu sehingga pekat sedikit
*kemudian bolehlah dituang keatas kek gulung td..
*taburkan buah2an yg telah ditapis keatas adunan kastard itu
*tunggu sehingga sejuk sedikit
*akhir sekali masak jelly kemudian bolehlah dituang keatas buah2an itu...

SELAMAT MENCUBA ~