Sunday, November 21, 2010

AYAM GORENG LENGKUAS

(hidangan untuk 8 orang)

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong lapan bahagian)
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 batang serai
*1 cm lengkuas
*1 cm halia
*1 cm kunyit hidup
*1 camca teh ketumbar
*1 camca teh jintan manis
*1 camca teh jintan putih
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

*bahan bertanda diatas di kisar lumat dgn sedikit air, kemudian tapiskan air (ambil patinya sahaja)

Hiasan

4 - 5 helai daun salad
Hirisan timun dan tomato

Kaedah menyediakan :

1. Lumurkan ayam dengan bahan kisar.
2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama secawan air, garam dan serbuk perasa. Masak di atas api sederhana hingga ayam setengah masak.
3. Keluarkan ayam dan goreng ayam sehingga kekuningan.
4. Hidangkan bersama dengan daun salad, hirisan timun dan tomato.

No comments:

Post a Comment