Sunday, November 21, 2010

AYAM GORENG LENGKUAS

(hidangan untuk 8 orang)

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong lapan bahagian)
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 batang serai
*1 cm lengkuas
*1 cm halia
*1 cm kunyit hidup
*1 camca teh ketumbar
*1 camca teh jintan manis
*1 camca teh jintan putih
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

*bahan bertanda diatas di kisar lumat dgn sedikit air, kemudian tapiskan air (ambil patinya sahaja)

Hiasan

4 - 5 helai daun salad
Hirisan timun dan tomato

Kaedah menyediakan :

1. Lumurkan ayam dengan bahan kisar.
2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama secawan air, garam dan serbuk perasa. Masak di atas api sederhana hingga ayam setengah masak.
3. Keluarkan ayam dan goreng ayam sehingga kekuningan.
4. Hidangkan bersama dengan daun salad, hirisan timun dan tomato.

Laksa KEDAH

2 kilo ikan kembung
cili kering (dikisar asing - masuk dlm kuah ikut byk mana kita suka)
2 labu bawang besar
6-7 ulas bawang merah
2 inci belacan
2 btg bunga kantan
sedikit daun kesum
6-7 keping asam gelugur (asam keping)
garam secukup rasa
sedikit perasa


ulam-ulaman :-
ulam raja/daun selom
timun
bawang besar
cili padi
asam limau
Telur ayam (rebus)

bihun laksa (beras)1 paket
(rendam 1-2 jam sebelum rebus dlm periuk)

sambal kelapa/nyior :-
kelapa parut diblend bersama sedikit cili kisar serta sedikit garam

CARA MEMBUAT KUAH :-
Cuci ikan kemudian direbus bersama dgn asam keping (3keping)..
tunggu sejuk dulu pastu asingkan isi dgn tulang ikan..
isi ikan diblend kemudian asingkan (guna air rebusan td)...tulang diblend jugak (kena tapis ngan penapis yg halus)...bawang besar, bawang merah dan belacan diblend bersama...
Akhir sekali satukan kesemua bhn yg telah diblender td ke dlm periuk.
Jerang bersama daun kesum, bunga kantan dan asam gelugur.
tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan garam serta perasa secukupnya.

ROTI PAUN

300gm tepung gandum
80gm gula
1 sudu teh yis + ½ -3/4 air suam
2 biji telur
1 sudu teh bread improver
 1 sudu teh bread softener
Marjerin

Caranya :-

1.    1.    Yis direndam bersama air suam. Kemudian gaulkan kesemua sekali. Tinggalkan selama 1jam
2.    2.    Ambil sedikit adunan, masukkan sedikit marjerin kedalamnya dan bulatkan.
3.    3.   Masukkan ke dalam tin pembakar, jarakkan sedikit. Tinggalkan sebentar lagi agar ianya naik sedikit.
4.   4.    Sapu atasnya dengan marjerin.
5.   5.   Bakar selama 10-15min dalam 180 C




.













Thursday, November 11, 2010

Resepi Otak-Otak


1 kg isi tenggiri / ikan kacang
5-6 sudu besar santan pekat 
2 biji telur
100g / 4 sudu besar tepung ubi
1/2 cwn minyak masak
garam, gula, dan perisa (secukup rasa)

Bahan sambal :
3-4 sudu besar cili boh
4 biji bwg merah
1 biji bwg besar
4 biji bwg putih
1" halia
1" kunyit
1" lengkuas
4-5 batang serai
4 biji buah keras
1- 1 1/2 “  belacan
3-4 sudu besar  rempah kari


Cara-caranya :
Bersihkan ikan macam biasa. Kikis isi tenggiri, asingkan
Kisar semua bahan sambal.
Tumis dgn 1/2 cwn minyak. Kalau waktu tumis rasa xcukup minyak, boleh tmbah minyak sikit.(mmg byk guna minyak sebab lama2 akan kering)
Tumis sampai agak pekat. Kacau selalu supaya tidak hangit
Kemudian masukkan bahan perisa. (biar agak masin dari biasa, sbb nanti bila dah campur dengan isi ikan, ia jadi tawar sikit)
Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
Bila dah sejuk, ambil sambal dan masukkan dalam isi ikan tadi.
Masukkan juga tepung ubi, santan dan telur. Kemudian gaul hingga sebati.
Sediakan daun pisang kemudian bolehlah dibungkus . Selesai membungkus, bolehlah dibakar sehingga masak.

~SELAMAT MENCUBA~




Udang Percik

1 kg udang saiz sederhana
1 biji kelapa (ambil santannya)         
½ keping gula Melaka @ gula biasa secukup rasa…

Bahan2 dikisar halus :
7 ulas bawang merah
2 inci lengkuas
Sedikit belacan
3 sudu besar pes cili/ cili kering yg telah di blend
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk jintan putih
5 batang serai
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara memasaknya :
1.       Perapkan udang dgn sebahagian bahan yg dikisar. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2.       Panaskan minyak kemudian tumis sebahagian lagi bahan di kisar td sehingga naik bau.
3.       Masukkan santan, gula Melaka, garam kemudian kacau sehingga pekat.
4.       Setelah kuah masak, bolehlah dituangkan keatas udang. Sedia di hidang.

~SELAMAT MENCUBA~




PUDING TRIFFLE

1 biji kek gulung (ikt suka perasa apa pun)
1 tin buah campuran (buah koktel) - tin besar
1 tin susu cair
1 gelas air
3 sudu besar tpg kastard
4 sudu besar gula
1 kotak jelly kristal (perisa ikut suka) arahan membuat ada di kotak tersebut..
                     
*potong kek gulung...
*kemudian susun dlm bekas..
*tapis buah campuran kedlm bekas...(jgn buang airnya)
*air buah campuran td di tuang ke atas kek gulung..
*campur 1 gelas air bersama dgn tpg kastard..
*kacau hingga sebati
*kemudian masukkan tpg kastard bersama susu dan gula kedlm periuk...
*kacau adunan itu sehingga pekat sedikit
*kemudian bolehlah dituang keatas kek gulung td..
*taburkan buah2an yg telah ditapis keatas adunan kastard itu
*tunggu sehingga sejuk sedikit
*akhir sekali masak jelly kemudian bolehlah dituang keatas buah2an itu...

SELAMAT MENCUBA ~





SAMBAL SERUNDING IKAN

Bahan nya :
2 1/2 kg ikan merah/kerisi (direbus dan diambil isinya)
1.2 kg bawang besar
5 btg serai
1 inci halia
720ml / RM6 santan pekat
4 sudu besar serbuk cili kering ( ikut suka pedas)
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 keping asam gelugur (asam keping)
Garam dan gula secukup rasa..

Cara nya :
·        Rebus ikan kemudian ambil isinya saja…
·        Bawang besar, bwg merah, serai, halia di kisar sehingga halus bersama dgn air ikan td..
·        Satukan isi ikan bersama semua bahan yg lain di dalam kuali..
·        Kacau sehingga adunan tersebut menjadi kering dan garing..




Cucur Jagung + Udang dan Sos Cili

Bahannya :-
 4 batang jagung (dipotong nipis)
4 cawan tepung gandum
300gm udang putih (dibuang kulit)
1 labu bawang besar
sedikit daun kucai
air ais (air batu) dan garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

Caranya :-
 Gaul kesemua bahan2 tersebut sehingga sebati..
(tak perlu pekat dan tak perlu cair sangat)..
kemudian bolehlah di goreng didlm kuali yg telah dipanaskan terlebih dahulu bersama dgn minyak masak.

Bahan2 utk sos cili :-
6 biji cili merah (dibuang biji)
1 ulas bawang putih
3 sudu gula pasir (ikut rasa)
1 sudu teh cuka makan
sedikit garam



Caranya membuat sos cili :-
Kesemua bahan2 di atas hendaklah di blender sehingga halus.



Gulai Daging bersama Rebung

Bahan nya :
1 kilo daging cincang
3-4 btg rebung (jeruk)
RM 1 pati santan
Garam secukup rasa

Bahan utk dikisar :
2 ½ paket serbuk kari daging
2 labu bwg besar
4 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 ½ inci halia

Bahan utk menumis :
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
Sedikit daun kari
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih

Cara nya:
Cuci daging bersih2…kemudian rebus dlm periuk tekanan atau periuk biasa…Di dalam periuk lain pulak…tumis bahan2 yg dikisar….jerang sehingga hilang bau rempah dan naik bau nya…Apabila daging td sudah empuk…masukkan kedalam periuk yg mengandungi rempah…tunggu sehingga daging sebati dgn rempah….kemudian masukkan pati santan, garam dan rebung…jerang sehingga mendidih…Boleh lah dihidangkan panas2..