Tuesday, December 6, 2011

Puding Roti Sos Kastard (Versi Kukus atau Bakar)

Bahan :
A :-
1000ml susu segar/fresh milk
16 keping roti gardenia

B :-
8 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
4 biji telur ayam
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung

C :-
4 sudu besar kismis hitam (alternatif boleh campur kurma yg dipotong dadu)

Caranya :
1. Koyakkan roti dan rendam dlm susu 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dlm loyang.
4. Kemudian kukus selama 30-40min.

# boleh juga di bakar dgn suhu 180c selama 45 min (guna loyang 10"x10")

Sos Kastard :
1 tin susu sejat IDEAL
1 tin air (sukat guna tin susu)
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula pasir (atau ikut citarasa masing2)

Caranya:
*Campur kesemua bahan dalam periuk
*Kacau di atas api yang sederhana
*Masak sehingga pekat





versi kukus



versi bakar

versi bakar




Friday, September 30, 2011

Spaghetti


 Bahan-bahannya :
1 bungkus spaghetti (250g syorkan jenama agnesi) – direbus dahulu bersama air dan sedikit minyak
1 paket daging cincang (Ramli – 400g)
2-3 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
2 ulas bwg putih ( dimayang halus)
1 labu bwg besar (dimayang halus)
1 tin button mushroom (dipotong nipis2)/cendawan shiitake segar
1 biji tomato (di potong dadu)
2 batang saderi
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk oregano Mc Cormick
daun basil/daun selasih (serbuk kering)
bebola daging/sosej
Sedikit air
Chesse mozzarella  (tabur sewaktu dihidang)
Garam & gula secukup rasa

CARA-CARANYA:
·         Tumis kedua dua bwg yg dimayang halus sehingga naik bau.
·         Kemudian masukkan daging cincang. Kacau sehingga kering air nya.
·         Masukkan sos tomato & cili, serbuk oregano, daun basil, serbuk lada hitam, garam & gula secukup rasa.
·         Tambahkan sedikit air. Jangan terlalu cair.
·         Setelah mendidih masukkan  sosej/bebola daging, button mushroom, batang saderi dan tomato.
·         Kacau dan padamkan api.
·         Kemudian boleh dihidangkan bersama spaghetti yg telah direbus td…
·         Jgn lupa taburkan sedikit cheese mozzarella di atas spagetti .

~ SELAMAT MENCUBA~



Monday, September 19, 2011

Spaghetti Sos Carbonara (sos putih)


Pasta (spaghetti/macaroni/fetuccini/spiral dll pun boleh) rebus dlm air hgga masak, kemudian toskan
500 ml susu segar dutch lady
1500ml air
1 ½ cawan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
2 keping dada ayam (potong dadu)
1 labu bwg besar – potong dadu
2 ulas bwg putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk oregano
3 ketul kiub pati ayam
2-3 keping cheese
Garam secukup rasa
1 biji lada benggala/capsicum  (kalau nk cantik ½ biji kaler kuning + ½ biji kaler merah)
3 btg saderi
1 tin cendawan butang (potong nipis)
200 gm isi udang (dikeringkan air terlebih dahulu dlm kuali tanpa minyak/air) utk tabur atas
Sedikit minyak utk menumis…

Cara-caranya :
Tumis bwg besar & bwg putih.
Masukkan air 1500ml, jerang hgga mendidih, kemudian masukkan isi dada ayam, kiub pati ayam
Kemudian masukkan susu segar 500ml kacau dgn api sederhana.
Masukkan tepung gandum, kacau selalu
Kemudian masukkan cendawan butang, serbuk oregano, serbuk lada hitam, lada benggala, btg saderi, cheese dan garam secukup rasa…
Kacau hgga pekat dan masak.
Kemudian tutup api.
Boleh dihidang bersama spaghetti dan tabur isi udang diatasnya...

 ~ SELAMAT MENCUBA ~



Saturday, July 16, 2011

Murtabak Maggi

3 bungkus Maggi Mi Goreng Plus (perencah asli) ~ direbus dan ditos
2 paket perencah Mi Goreng Plus (ambil perencah serbuk saja)
1/2 paket daging cincang
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
sedikit daun sup/bawang (dipotong halus)
1 batang fish cake (dipotong dadu)
10 biji fish ball (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari daging baba's
5 biji telur ayam (dipukul sedikit dgn garfu)
garam dan perisa secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
sedikit air

Cara-caranya :

1. Panaskan air sehingga mendidih kemudian masukkan maggi, rebus sehingga lembut.Angkat dan toskan.
2. Panaskan kuali, tumiskan bawang besar kemudian masukkan rempah dan sedikit air.
3. Tunggu sehingga rempah masak dan bolehlah masukkan daging cincang.
4. Masukkan garam dan perisa secukup rasa.
5. Tutup api kemudian angkat dan letakkan kedalam bekas lain.
6. Campurkan telur yg telah dipukul sedikit, daun sup/bawang, fish ball/fish cake kedalam adunan maggi yg siap ditos td. Kacau hingga sebati.
7. Panaskan kuali leper kemudian sendukkan adunan maggi keatas kuali. Ratakan sebesar roti canai.
8. Tunggu sehingga garing dibahagian bawah barulah dialihkan murtabak maggi tersebut.
9. Bila dah garing, bolehlah diangkat dan hidang panas-panas bersama sos cili.



Saturday, June 18, 2011

Kek Coklat Tanpa Telur

BAHAN A :
1 1/4 cawan susu segar (fresh milk)
3/4 cawan gula halus
2 sudu besar madu
1 sudu kecil nescafe
sedikit essen vanilla

BAHAN B :
1 cawan minyak (boleh digantikan dgn marjerin yg dicairkan)

BAHAN C :
1 1/2 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar (rata) serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

CHOC. FUDGE TOPPING :
1/2 tin susu pekat
1/4 serbuk koko
1 sudu besar marjerin/butter
sedikit essen vanilla

CARA-CARA MEMBUAT KEK :
1. Masak BAHAN A hingga gula larut dan sejukkan.
2. Masukkan BAHAN B kedalam adunan BAHAN A dan gaul rata. Alihkan kedalam mangkuk besar.
3. Ayak BAHAN C dan masukkan kedalam campuran A dan B dan gaul hingga sebati dgn hand whisk.
4. Tuang adunan kedalam loyang yg dialas dan digris dan bakar hingga masak pd suhu 160 celcius selama 40-45 min. Bila masak biarkan sejuk dahulu sebelum letak topping.

CARA MEMBUAT CHOC. FUDGE (TOPPING) :
Masak susu, serbuk koko dan mentega atas api perlahan hingga sebati dan masukkan essen. Biar suam dan boleh dicurah atas kek.

~ SELAMAT MENCUBA ~





Monday, June 6, 2011

Rendang Ayam Daun Maman

1 ekor ayam - dipotong 16
3 ikat daun maman
6-7 biji cili padi (kalau nk lebih pedas boleh tmbah)
sedikit kunyit hidup
daun kunyit
1/2 kilo santan pekat
1 keping asam gelugur (asam keping)
Garam secukup rasa

Caranya :
1. Cuci ayam bersih2 kemudian toskan.
2. Pilih daun maman kemudian cuci dan toskan.
3. Cili padi dan kunyit hidup di tumbuk atau dikisar halus.
4. Satukan kesemua bahan kemudian jerang didalam kuali hingga pekat.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Ikan Cencaru Belah Belakang Inti Sambal

5 ekor ikan cencaru bersaiz kecil
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar - utk diblend bersama cili kering
1 labu bawang besar - utk dimayang
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Caranya :
1. Cuci ikan bersih2..lumurkan dgn garam & kunyit
2. Cili kering, bawang besar, bawang putih dan belacan hendaklah dikisar kasar.
3. Kemudian bolehlah dicampurkan bahan2 perasa seperti asam jawa, garam dan gula secukupnya.
4. Jerang kesemua bahan diatas kuali sehingga kering dgn api yg perlahan.
5. Akhir sekali bolehlah dimasukkan sambal kedalam ikan cencaru td.
6. Panaskan minyak kemudian goreng ikan hingga garing.
7. Hidangkan panas2 bersama dgn nasi.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Sambal ikan keli

5-6 ekor ikan keli (siang & bersihkan)
2-3 labu bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
3 senduk cili kisar
2 inci belacan
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menggoreng & menumis

Cara-caranya :

1. Cuci ikan bersih2 ( guna air kapur / air asam limau )
2. Kemudian lumur ikan dgn sedikit serbuk kunyit, garam & sedikit tepung beras.
3. Goreng ikan sehingga garing. Kalau nak selamat tudung dgn penutup periuk kukus.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Guna minyak goreng ikan td.
6. Tumis cili yg telah dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan belacan.
7. Biar sehingga cili td masak dan terbit minyak.
8. Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
9. Bolehlah masukkan ikan keli yg telah siap digoreng td.
10. Hidang panas2 bersama dgn nasi putih.

~ SELAMAT MENCUBA ~





Wednesday, April 20, 2011

Bengkang ubi kayu

Bahan-bahannya :

6 cawan ubi kayu parut
3 biji telur
11/2 cawan gula
21/2 cawan santan
secubit garam
sedikit pewarna kuning
sedikit marjerin utk menumis

~ panaskan loyang diatas dapur, letakkan sedikit marjerin.
kemudian masukkan bahan2 yg telah disatukan td.
letak sedikit marjerin diatas adunan....
Kemudian bakar dlm oven hingga garing.

~ SELAMAT MENCUBA ~

ubi kayu yg sedang disagat

bakar guna cara tradisional - guna arang & tempurung/sabut



Sunday, March 27, 2011

Cekodok Labu

Bahan-bahannya:
1/2 biji labu manis (isi kuning) - dibuang biji dan kulit (potong dadu)
5- 6 senduk tpg gandum
6 sudu besar gula
sedikit garam
sedikit minyak masak - utk menggoreng

Cara -caranya :
* Rebus labu bersama air hingga empuk, kemudian toskan airnya
* Lenyek isi labu bersama gula & sedikit garam
* Kemudian masukkan tepung gandum
* Akhir sekali bolehlah panaskan minyak
* Jemput adunan labu dgn tangan
* Goreng hingga garing

~ SELAMAT MENCUBA ~

Roti Bawang Putih ( Bread Garlic)

1 btg roti perancis - potong setebal 1cm
5 ulas bawang putih - dibakar & buang kulit
marjerin / butter

~ setelah bakar bawang putih...kopekkan kulitnya...kemudian tumbuk /cincang hingga halus...
~ kemudian gaul bawang putih kedalam marjerin..
~ sapu marjerin td pd roti perancis dan bolehlah dibakar..

* sesuai dimkn bersama sup cendawan

~ SELAMAT MENCUBA~

Sup Cendawan


1 keping dada ayam
1500ml air
500ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil)
sedikit garam & ajinomoto
1 cwn tepung gandum

* (1500ml air- simpan sedikit utk bancuh tpg gandum)

Cara-caranya :

1. Potong ayam kecil2, masukkan ayam dan air ke dalam periuk, rebus hingga masak.
2. Masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yg perlahan, kemudian masukkan cendawan butang.
3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat. Tambah perisa garam dan ajinomoto. Siap dihidang.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Laksam Kedah

KUAH :
2 kilo ikan kembung (direbus – ambil isinya)
5 labu bawang besar
1 inci halia
2 inci belacan
2  senduk kecil  cili kering (dikisar)
2 senduk kecil kerisik
2 biji kelapa parut (diambil santan)
5-6 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
2 batang bunga kantan & sedikit daun kesom

ISI LAKSAM :
1 paket - 1kg  tepung beras 
600gm tepung gandum
Sedikit minyak masak
Air – ikut kepekatan (tidak  terlalu pekat & cair)

ULAM-ULAMAN :
Daun selom / kacang panjang / timun / bawang besar/taugeh
Telur Rebus
Cili kering – di kisar (sambal)

CARA MEMBUAT KUAH  :
1.       Cuci ikan bersih2, kemudian rebus bersama air. Bila dah sejuk asingkan isi dan tulang. Air rebusan boleh digunakan sewaktu mengisar isi ikan.
2.       Bawang besar, halia dan belacan dikisar.
3.       Cili kering dikisar berasingan.
4.       Satukan isi ikan yg dikisar td bersama bawang besar dll.
5.       Kemudian masukkan cili kering, asam gelugur, kerisik, santan , bunga kantan, daun kesom & garam secukup rasa.
6.       Jerang sehingga mendidih. Kacau kuah supaya tidak pecah minyak.

 CARA MEMBUAT  ISI :
Satukan kesemua tepung. Kemudian  bancuhkan dengan air. Bila sudah sebati boleh lah dimasukkan sedikit minyak masak supaya proses melengat nti tidak melekat.

*seelok eloknya guna air masak














Kuih Ketayap

Utk kulit :
½ kilo tepung gandum
Sedikit air daun pandan/ pewarna hijau
Air  (ikut kepekatan - guna air daun pandan)
1 biji telur ayam
Secubit garam

Utk inti :
1 biji kelapa parut (klau boleh ambil yg muda)
2 cwn gula merah (dimasak bersama  1 cawan air kmdian ditapis)
1 helai daun pandan (utk aroma)

Cara membuat kulit :
1.       Adun semua bhn hingga sebati.
2.       Kemudian  tuang 1 senduk ke atas kuali (tak melekat).
3.       Tutup sekejap..tunggu sehingga adunan mengelembung…boleh lah diangkat.


Cara membuat inti :

1.       Masukkan  kelapa  parut , daun pandan  & air gula yg ditapis td kedalam  periuk/kuali.
2.       Jerang dgn api yg perlahan sehingga kering.

*Bila selesai membuat kulit, bolehlah diisi dgn inti kmdian digulung.

~ SELAMAT MENCUBA ~





Friday, February 25, 2011

Kuih Kaswi @ Lompang

3 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
2 sudu kecil air kapur
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
2 cawan air (utk masak gula merah)
2 cawan air (utk bancuhan tepung)
daun pandan

kelapa parut putih, garam & daun pandan (simpul) - kukus sekejap

1. Satukan gula merah & gula pasir dlm periuk kecil kemudian masukkan 2 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil hingga gula larut. Sejukkan sebentar.

2. Satukan tepung beras & tepung ubi, kemudian tuang 2 cawan air & air kapur. Gaul rata.

3. Kemudian tuang air gula (ditapis) yg telah sejuk td. Gaul sehingga sebati.

*Utk kaswi : kukus di dlm loyang selama 20 min..
*Utk lompang : 15 min (dlm acuan cawan khas utk lompang)

~ SELAMAT MENCUBA ~